Download Cara menggunakan botol susu kucing







Anak kucing yang dipelihara oleh ibunya cara menggunakan botol susu kucing kelangsungan hidup yang lebih baik berbanding anak kucing yang ditinggalkan dan dipelihara oleh manusia. Jika anda mendapati ada anak kucing yang ditinggalkan ibu atau tidak dijaga oleh ibunya, maka bersedialah untuk kerja-kerja keras dan beberapa kekecewaan. Tetapi jika semuanya berjalan lancar, anda akan mengalami pengalaman istimewa menjaga anak kucing piatu dan membesarkannya kepada kucing dewasa yang sihat. Untuk itu kita akan melihat secara ringkas perkara-perkara yang perlu anda lakukan jika menjaga anak kucing yang ditinggalkan ibu. Anak kucing yang baru lahir perlu makan setiap jam. Mereka mempunyai perut yang kecil dan memerlukan jumlah makanan yang sedikit tetapi berkala. Jangan berikan susu lembu pada anak kucing kerana ini akan menyebabkan sembelit dan kehilangan air pada badan. Anda perlu menggunakan susu yang dirumus khas untuk anak kucing. Susu khas ini boleh diperoleh di klinik haiwan atau cara menggunakan botol susu kucing binatang peliharaan dengan pelbagai jenama. Botol susu yang khas juga digunakan untuk menyusu anak kucing saiznya kecil. Susu perlu diberikan dalam keadaan suam, tetapi bukan panas, ianya sama sepertimana kita berikan kepada bayi manusia. Anak kucing tidak boleh mengawal kencing dan beraknya sehinggalah mereka berumur 4 minggu. Bermula dari kelahiran sehingga minggu ke-4, ibu kucing akan merangsangnya untuk membuang dengan cara menjilat kemaluan anak kucing. Tetapi rangsangan ini boleh ditiru dengan menggunakan kain lembut yang suam dan basah atau menggunakan putik kapas juga suam dan basah. Balikkan badan anak kucing itu dan secara lembut, sapukan pada kemaluannya sehingga kencing atau najis itu keluar. Ini perlu dilakukan selepas menyusu. Anak kucing tidak mempunyai lemak pada badan untuk mengekalkan suhu badannya. Mereka biasanya bergelumang sesama sendiri bersebelahan dengan ibu mereka untuk berkongsi haba. Jika anda mempunyai anak kucing yatim, anda perlu memberikan haba ini dengan menggunakan botol mengandungi air panas atau pad pemanas tetapkan suhunya pada kadar rendah sahaja.



Cara Memberi Makan Anak Kucing yang Baru Lahir - wikiHow
Kucing Utara: Cara Menyusu Botol anak kucing
Q&A - Cara menjaga anak kucing terbiar | My Dearcats DC